Product Knowledge: NADI (PEDi) Awareness

30 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 29 March 2024, petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) telah menghadiri NADI Internal Training – Product Knowledge: Nadi (PEDi) Awareness yang diadakan secara maya atau lebih dikenali latihan atas talian. Kursus bermula pada jam 3.00 petang sehingga 4.00 petang. Tujuan kursus ini bagi meningkatkan serta menambah pengetahuan tentang Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).

Kursus ini dimulakan dengan penerangan ringkas tentang topik-topik yang akan dibincangkan. Peserta terdiri daripada petugas NADI. Kursus ini dapat memberi pendedahan kepada petugas NADI tentang objektif penubuhan NADI di seluruh Malaysia, menambah pengetahuan dan maklumat mengenai NADI, membuka peluang kepada komuniti untuk datang belajar ICT dan keusahawanan. Selain itu, kursus ini memberi peluang kepada petugas NADI mengaplikasikan apa yang telah dipelajari ketika kursus untuk digunakan ditempat kerja.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali